Home / Komputer / AMD / AMD terbitkan kemaskini terbaru, Radeon Adrenalin – hadir dengan aplikasi mudah alih

AMD terbitkan kemaskini terbaru, Radeon Adrenalin – hadir dengan aplikasi mudah alih

AMD melancarkan kemaskini besar-besaran untuk perisian grafiknya, Radeon dan ianya dikenali sebagai Radeon Software Adrenalin Edition. Kemaskini ini membawakan pelbagai penambahbaikan yang boleh dimanfaatkan oleh para pemain dan juga pembangun-pembangun perisian game.

Penerbitan kemaskini perisian grafik kini tidak lagi dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga semata-mata oleh pihak AMD. Ianya dilakukan secara besar-besaran bagi menghebahkan segala penambahbaikan yang disediakan olehnya untuk pemain-pemain game. Justeru, tidak hairanlah jika dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, perisian grafik AMD telah dimuat turun lebih 250 juta kali.

Bagi pemain game, kemaskini terbaru ini menawarkan fungsi Radeon Overlay yang menawarkan antaramuka tak berkelim (seamless). Fungsi ini turut membolehkan pengguna memantau prestasi unit pemprosesan grafik (GPU) sewaktu sedang bermain game.

Pemayang (overlay) ini menyediakan akses satu-klik ke Radeon ReLive, Performance Monitoring, Radeon Chill (fungsi kawalan tenaga yang membolehkan pengguna mengawal suhu komputer), Frame Rate Target Control (FRTC), Radeon FreeSync (untuk prestasi paparan) dan juga tetapan warna.

Perisian ini juga hadir dengan aplikasi mudah alih terbaru yang dinamakan sebagai AMD Link. Ia membolehkan pengguna menggunakan aplikasi mudah alih dengan papan pemuka yang mengawal fungsi-fungsi pada komputer anda. Aplikasi mudah alih yang boleh didapati di Apple App Store dan Google Play ini boleh digunakan untuk memantau prestasi komputer dan juga menyediakan suapan berita dan notifikasi berkenaan driver terbaru.

Turut disediakan, kemaskini terbaru ini hadir dengan fungsi chat berintegrasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan komuniti masing-masing  sewaktu melakukan penstriman melalui Facebook, Twitch, Mixer, YouTube, Weibo dan sebagainya.

Dinamakan sempena sejenis bunga ros, Adrenalin Edition meneruskan tradisi AMD menerbitkan kemaskini perisian besar-besaran secara tahunan. Tahun lepas, AMD menerbitkan Crimson ReLive Edition, dan untuk tahun 2015, Crimson Edition. Sehingga ke hari ini, Radeon Software telah dikemaskini telah dikemaskini lebih dari 70 kali dalam tempoh tiga tahun.

Berikut adalah kad-kad grafik yang menyokong kemaskini perisian Radeon Adrenalin Edition;

  • Radeon siri RX Vega
  • Radeon siri RX 500
  • Radeon siri RX 400
  • Radeon siri R9 300
  • Radeon R9 Fury

Perisian grafik Radeon Adrenalin Edition boleh di muat turun hari ini.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge