Home / Mobile / Aksesori / Apple percepatkan tawaran diskaun penggantian bateri iPhone Generasi Lama

Apple percepatkan tawaran diskaun penggantian bateri iPhone Generasi Lama

Lanjutan dari permohonan maaf Apple terhadap tindakannya yang sengaja memperlahankan iPhone generasi terdahulu, tarikh pelaksanaan tawaran diskaun penggantian bateri bagi iPhone model-model lama ini telah pun dipercepatkan ke 30 Disember 2017.

Berdasarkan kenyataan awal pihak Apple, tawaran berkenaan sepatutnya akan dijadualkan sekitar penghujung Januari 2018. Namun ianya telah pun dipercepatkan. Mungkin atas sebab bagi meredakan sedikit kekecewaan sebahagian penggunaannya berhubung isu ini.

Bagaimanapun, perubahan tarikh ini diumumkan bagi pengguna pasaran Amerika Syarikat sahaja setakat ini. Dijangkakan pengguna-pengguna di rantau lain akan menyusul kemudian.

Apple menawarkan diskaun penggantian bateri bagi iPhone generasi lama pada harga $29 (RM 129 untuk pengguna di Malaysia) sebagai usaha menjernihkan kembali keadaan. Selain dari kekecewaan dari sebahagian penggunanya, Apple turut berdepan dengan tindakan saman berhubung isu ini.

Sumber berita diperoleh dari TechCrunch

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge