Home / Mobile / iOS / Apple akui sengaja perlahankan prestasi iPhone model lama

Apple akui sengaja perlahankan prestasi iPhone model lama

Bagi anda yang memiliki iPhone, prestasi telefon pintar anda didapati semakin merosot dan tidak selancar seperti di awal pembeliannya. Ramai pihak yang sebelum ini berpendapat bahawa tindakan ini disengajakan oleh Apple sendiri dan nampak gayanya telahan mereka benar belaka apabila Apple sendiri mengaku.

Kemerosotan prestasi ini sengaja dirancang atas sebab mengambil kira faktor kemerosotan bateri pada iPhone yang lama kelamaan semakin lemah apabila menghampiri tempoh luputnya. Lanjutan dari penemuan di laman forum Reddit dan hasil pengujian oleh laman Geekbench, Apple memaklumkan kepada TechCrunch berkenaan kemaskini yang disediakan khusus untuk iPhone 6, 6s dan SE pada tahun lepas adalah bertujuan mengelakkan telefon-telefon pintar berkenaan dari ‘mati mengejut’.

Kemaskini pembaikan yang disediakan tersebut akan mengubah tetapan pada tahap penggunaan CPU iPhone terbabit dengan merendahkan tahap penggunaannya supaya ia tidak menggunakan kuasa dengan kuantiti yang besar. Seperti yang kita sedia maklum, kapasiti dan prestasi bateri semakin merosot apabila usia sesebuah peranti itu meningkat.

Apple turut menyatakan akan melaksanakan fungsi ini pada iPhone 7 yang menggunakan iOS 11.2 dan juga pada produk-produk lain yang akan datang.

Hal ini tidak akan menjadi masalah jika rekaan iPhone membenarkan baterinya digantikan dengan lebih mudah seperti yang terdapat pada sesetengah rekaan model telefon pintar Android.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge