Home / Mobile / Android / Asus ZenFone Max Plus (M1) akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Disember ini

Asus ZenFone Max Plus (M1) akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Disember ini

Tidak sampai sehari selepas Asus mendedahkan rancangannya untuk melancarkan Asus ZenFone Max Plus (M1) di Malaysia, syarikat pengeluar barangan elektronik berpangkalan di Taiwan ini mendedahkan tarikh pelancaran telefon pintar berkenaan.

Asus ZenFone Max Plus (M1) merupakan telefon pintar Asus pertama yang menawarkan paparan bernisbah 18:9. Berdasarkan jemputan media yang dihantarkan ke emel pihak kami sebentar tadi, majlis pelancarannya akan berlangsung pada 13 Disember.

Macam biasa, semua maklumat berkaitan seperti spesifikasi, harga serta tarikh mula jualannya akan didedahkan sewaktu majlis tersebut dilangsungkan. Di China, telefon pintar ini dikenali sebagai Pegasus 4S dan dijual pada 1,799 Yuan (lebih kurang RM 1,103).

Selain dari paparan 5.7-inci 18:9 HD+, ZenFone Max Plus (M1) turut dilengkapi dengan chipset MediaTek MT6750T, RAM 4GB dan juga storan dalaman 64GB. Kamera utama telefon pintar ini menawarkan sistem dwi-kamera dengan tetapan penderia 16MP dan 8MP berserta kamera hadapan 8MP. Tidak ketinggalan, bateri yang disediakannya adalah sebesar 4,130mAh.

Nantikan info lanjut berkenaan telefon pintar ini sewaktu pelancarannya pada minggu depan.

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge