Home / Mobile / Android / Honor 9 Lite dilancarkan secara rasminya; hadir dengan paparan 18:9, Android Oreo

Honor 9 Lite dilancarkan secara rasminya; hadir dengan paparan 18:9, Android Oreo

Minggu lalu, Honor 9 Lite baru sahaja melepasi piawaian TENAA dan pengumuman kehadiran telefon pintar ini sememangnya sudah dijangkakan. Turut didedahkan di dalam pengumuman ini adalah harga dan kemasukannya ke pasaran.

Telefon pintar kelas pertengahan ini menampilkan paparan bernisbah 18:9. Sesuatu yang jarang diketemukan pada telefon pintar yang setara dengannya. Paparan skrin berukuran 5.65 inci dengan resolusi HD+ Penuh yang ditawarkan merupakan salah satu pelarisnya.

Selain itu, telefon pintar terbaru ini hadir dengan tetapan dwi-kamera bagi kamera utamanya dan kamera swafotonya. Untuk kamera utama, tetapan dwi-kamera yang disediakan merupakan 13MP + 2MP.

Untuk spesifikasinya, Honor 9 Lite menggunakan chipset lapan-teras Kirin 659, bersama-sama RAM 3GB dan storan 32GB. Atau dengan pilihan RAM 4GB dan 64GB. Turut disediakan, penderia cap jari pada muka belakangnya berserta bateri berkapasiti 3,000mAh.

Honor 9 Lite dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo dan akan dipasarkan di China bermula 26 Disember ini pada harga 1,499 Yuan (bersamaan lebih kurang RM735) untuk 3GB + 32GB dan 1,799 Yuan (bersamaan lebih kurang RM1123) bagi pilihan 4GB + 64GB. Telefon pintar ini dijangka hadir ke rantau lain termasuk Malaysia pada tahun hadapan.

Sumber berita diperoleh dari Phandroid

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge