Home / Mobile / Android / Honor lancarkan View 10, telefon Peringkat Tinggi dengan harga peringkat pertengahan

Honor lancarkan View 10, telefon Peringkat Tinggi dengan harga peringkat pertengahan

Honor telah mendedahkan telefon pintar flagshipnya, Honor View 10. Juga dikenali sebagai V10 untuk pasaran di China, telefon pintar ini berkongsi banyak persamaan dengan Huawei Mate 10 Pro. Ia hanya dibeza dari sudut harganya sahaja.

Telefon pintar flagship dari Honor ini menampilkan paparan 18:9 6-inci dengan resolusi 1080 x 2060; menggunakan chipset HiSilicon Kirin 970 dengan kombinasi memori 6GB/128GB. Ia juga memiliki sistem dwi-kamera seperti yang ditawarkan oleh Mate 10 Pro, cuma berbeza sedikit pada tetapannya – 16MP menawarkan penderia RGB, manakala pada 20MP pula menawarkan penderia monokrom.

Disebalik kerangka logamnya, telefon pintar ini menawarkan bateri berkapasiti 3750mAh, lengkap dengan teknologi pengecasan pantas dari Huawei. Menurut Huawei, teknologi ini mampu menawarkan tempoh mengecas hanya 90 minit sahaja dari sifar hingga penuh.

Honor menyediakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan telefon pintar ini bagi tujuan menambah ciri perlindungan keselamatannya. Selain dari imbasan cap jari, Honor View 10 turut menyediakan fungsi membuka telefon dengan menggunakan imbasan wajah.

View 10 menggunakan sistem operasi Android Oreo dengan menggunakan antaramuka EMUI 8.0 dari Huawei. Telefon pintar ini tidak dilengkapi dengan sistem audio stereo dan juga penarafan IP68.

Namun, ia menyokong penggunaan dwi kad SIM, dengan slot kedua merupakan hibrid yang menyokong penggunaan kad SIM dan juga kad mikro SD. Turut disediakan, labuhan USB Type-C dan bicu audio 3.5mm. Membuktikan kedua-duanya boleh wujud pada sesebuah telefon bimbit.

Honor View 10 akan hadir dengan pilihan warna Hitam atau Biru dan akan mula dijual sekitar awal Januari tahun depan dengan harga GBP 449.99 (lebih kurang RM 2456).

Sumber berita diperoleh dari PhoneArena

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge