Home / Mobile / Android / Huawei MediaPad T3 7 dilancarkan di Malaysia dengan harga RM499

Huawei MediaPad T3 7 dilancarkan di Malaysia dengan harga RM499

Huawei memperkenalkan sebuah lagi tablet Android tablet untuk pasaran Malaysia. Dilancarkan sejak April 2017 yang lalu, Huawei MediaPad T3 7 merupakan sebuah tablet peringkat permulaan dengan spesifikasi yang boleh tahan, sungguhpun ianya ditawarkan pada harga mampu milik.

Pada harga tersebut, sudah tentu kita tidak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap spesifikasinya. MediaPad T3 7 menawarkan paparan 7-inci 1024 x 600 IPS, chipset empat teras 1.3GHz Spreadtrum SC7731G dengan RAM 2GB, storan 16GB yang boleh diperbesarkan dengan slot mikroSD, bersama-sama bateri 4,100mAh.

Walaupun ianya merupakan sebuah tablet peringkat permulaan, ianya masih lagi mampu menawarkan ciri binaan yang kukuh melalui kemasan kerangka logam pada luarannya. Dari sudut kamera, tablet ini menawarkan kamera berfokus tetap (fixed focus) 2MP bagi kedua-dua belah hadapan dan juga belakangnya.

Untuk perisiannya, MediaPad T3 7 menggunakan antaramuka EMUI 7.0 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow. Satu lagi ciri menarik yang ditawarkan oleh tablet adalah ianya turut didatangkan bersama-sama sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai Kids Garden. Fungsi aplikasi ini bertujuan memudahkan ibu bapa mengawal had masa tempoh penggunaan tablet ini.

Huawei MediaPad T3 7 kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM499 dan boleh didapati dengan satu sahaja pilihan warna – Kelabu Angkasa (Space Gray).

Miliki Huawei MediaPad T3 7 di Huawei Experience Stores.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge