Home / Mobile / Telco / Maxis / Maxis tambah 10GB data ke dalam pelan MaxisONE, mansuh pengasingan data hujung minggu

Maxis tambah 10GB data ke dalam pelan MaxisONE, mansuh pengasingan data hujung minggu

Kejutan besar buat pengguna Maxis, sama ada yang baru dan juga yang sedia ada apabila syarikat telco ini mengumumkan akan menambah 10GB data pada kesemua pelan MaxisONE. Selain itu, Maxis turut memansuhkan pengasingan data di antara hari biasa dan hujung minggu, bagi membolehkan pengguna mendapatkan keseluruhan 60GB data sepanjang bulan.

Maxis masih lagi menawarkan pelan yang sama untuk keempat-empat pelan tersebut – MaxisONE 98/128/158/188 dengan mengekalkan panggilan dan SMS percuma. Kesemua pelan ini hadir dengan penambahan 10GB data, kecuali pelan MaxisONE 98 yang masih lagi menawarkan pengasingan data di antara hari biasa dengan pada hujung minggu (15GB sepanjang hari + 15GB 4G hujung minggu).

Pengguna pelan ini diberi pilihan untuk mengubah ke pelan yang membolehkan penambahan data 10GB dilakukan dengan perlu menambah yuran langganan sebanyak RM10. Perubahan pelan ini menjadikan yuran langganan MaxisONE 98 menjadi RM108.

Untuk pelan-pelan lain, pelan MaxisONE 128/158/188, kesemuanya hadir dengan data sepanjang hari 40GB, 50GB dan 60GB; dan tiada lagi pengasingan data di antara hari biasa dan hujung minggu. Berikut adalah jadual pelan MaxisONE yang baru;

Pelan MaxisONE baru 7 Disember 2017Pelan MaxisONE 98Pelan MaxisONE 128Pelan MaxisONE 158Pelan MaxisONE 188
Komitmen bulananRM98RM128RM158RM188
Data15GB data sepanjang hari + 15GB data hujung Minggu40GB50GB60GB
Panggilan PercumaTanpa had kesemua rangkaian
SMS Percuma

Bagi anda yang melanggan pelan MaxisONE, anda tidak perlu melakukan apa-apa. Pihak Maxis akan menaik taraf pelan anda secara automatik bermula dari hari ini.

Untuk pelanggan pelan MaxisONE 98 pula, pelanggan yang ingin menaik taraf pelan yang dilanggan perlu hadir ke Maxis Centre atau menghubungi talian 123.

Kunjungi laman web rasmi Maxis untuk keterangan lanjut

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge