Home / Mobile / Android / Nokia 2 akan dikemaskini secara terus ke Android 8.1 Oreo

Nokia 2 akan dikemaskini secara terus ke Android 8.1 Oreo

HMD Global sedang merancang untuk mengemaskini kesemua telefon pintar di bawah jenama Nokia keluarannya ke Android Oreo. Perkara ini disahkan baru-baru ini oleh syarikat yang berpangkalan di Finland tersebut. Setakat ini Nokia 8 telah pun menerima kemaskini berkenaan. Manakala Nokia 5 dan 6 pula sedang berada di peringkat pengujian beta.

Dua model telefon pintar peringkat permulaan, Nokia 2 dan Nokia 3 turut sama bakal menerima kemaskini ini walaupun berdasarkan teori, perkakasan yang tersedia padanya tidak mampu menjalankan sistem operasi Android ini selancar telefon pintar peringkat pertengahan yang lain. Namun, melalui penggunaan Android Go, sepatutnya tidak timbul sebarang masalah penggunaan selepas kedua-dua model telefon pintar peringkat permulaan ini dikemaskini ke Android Oreo kelak.

Ketua Pegawai Produk HMD Global, Juho Sarvikas menyatakan Nokia 2 akan dikemaskini secara terus ke Android 8.1 Oreo memandangkan versi kemaskini ini mengandungi pelbagai penambahbaikan pengurusan untuk Android Go pada Nokia 2.

Bagaimanapun, segala perancangan ini hanya akan berlaku bermula tahun hadapan. Hal ini disebabkan oleh pihak HMD Global berhasrat untuk menyediakan Android Oreo untuk Nokia 5 dan Nokia 6 terlebih dahulu.

Sumber berita diperoleh dari Nokia Power User

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge