Home / Mobile / Android / Nokia 3310 dengan keupayaan 4G diketemukan pada laman TENAA

Nokia 3310 dengan keupayaan 4G diketemukan pada laman TENAA

Nokia 3310 versi terbaru yang dikemaskini telah diketemukan pada portal TENAA. Berdasarkan maklumat yang disediakan oleh laman badan pemantauan China tersebut telah menyenaraikan telefon pintar peringkat permulaan ini sebagai berkeupayaan TD-LTE.

HMD Global sebelum ini telah melancarkan beberapa variasi untuk Nokia 3310 yang baru ini dengan model 2G sahaja dan kemudiannya mengeluarkan model berkeupayaan 3G.

Berdasarkan maklumat yang disediakan oleh portal TENAA, telefon pintar berjenama Nokia ini memiliki spesifikasi yang sama dengan variasi 2G dan 3G sebelum ini. Selain dibezakan dengan menawarkan keupayaan 4G, model 3310 ini turut berbeza kerana ia menggunakan sistem operasi YunOS yang berasaskan kerangka kerja AOSP. Justeru, membolehkan ianya menyokong sebahagian kecil aplikasi Android.

Tidak dapat diketahui di mana telefon pintar ini akan dijual selain dari pasaran China. Dijangkakan ianya mungkin disasarkan untuk pasaran di negara-negara yang akan menamatkan penggunaan rangkaian 2G bagi memberi ruang yang lebih luas untuk rangkaian 4G.

Sumber berita diperoleh dari Nokiamob

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge