Home / Teknologi / Pemilikan Peranti IPTV dan DTTV Tanpa Label MCMC Boleh Didenda Sehingga RM100,000, Penjara

Pemilikan Peranti IPTV dan DTTV Tanpa Label MCMC Boleh Didenda Sehingga RM100,000, Penjara

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tidak menjual dan memiliki mana-mana peranti televisyen digital (DTTV) dan protokol Internet (IPTV) yang tidak mempunyai label MCMC.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan peranti yang mempunyai label MCMC adalah diperakui dan mematuhi standard teknik yang ditetapkan oleh MCMC.

Perbuatan menjual dan memiliki mana-mana peranti yang tidak diperakui atau tidak mematuhi standard teknik yang ditetapkan oleh MCMC adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan, berkongsi, memuat naik dan memuat turun sebarang filem, drama atau apa jua kandungan yang dimiliki dan disiarkan oleh penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan di mana-mana laman sesawang dan media sosial.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. I actually suggest you to disable ” Immediately search option ” due to the fact that a lot of proxies found by this way misbehave.
    Domenic recently posted…DomenicMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge