Home / Mobile / Android / Qualcomm perkenal chipset Snapdragon 845, akan digunakan pada Xiaomi Mi 7

Qualcomm perkenal chipset Snapdragon 845, akan digunakan pada Xiaomi Mi 7

Bersempena Sidang Kemuncak Teknologi Snapdragon Tahunan Kali Kedua, Qualcomm secara rasminya memperkenalkan chipset Snapdragon 845. Sebagai pewaris kepada chipset berkuasa tinggi Snapdragon 835, 845 membawakan pelbagai penambahbaikan.

Salah satu penambahbaikannya yang paling menonjol adalah penggunaan modem barunya, Qualcomm X20 LTE, yang menawarkan penyambungan rangkaian hingga ke tahap gigabit. Selain itu, ia dijangka akan dihasilkan melalui proses pembuatan 10nm. Sama seperti chipset Snapdragon 835.

Snapdragon 845 akan dibangunkan secara usahasama dengan Samsung Foundry, dan ianya akan membawa pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi dan juga kecekapan penggunaan tenaga bateri. CEO Xiaomi, Lei Jun turut mengesahkan Snapdragon 845 akan digunakan pada telefon pintar flagship Xiaomi keluaran berikutnya, Xiaomi Mi 7.

Mengambil kira laptop-laptop Windows 10 yang akan menggunakan chipset Snapdragon 835 seawal tahun hadapan, kemungkinan besar pengeluar-pengeluar PC juga akan menggunakan Snapdragon 845 nanti. Bagaimanapun, ini semua bergantung dengan sejauh mana penerimaan pengguna terhadap laptop Windows 10 yang menggunakan chipset Snapdragon 835 tersebut.

Selain dari laptop Windows 10, Qualcomm Snapdragon 845 tentu sahaja akan digunakan pada kebanyakan telefon pintar flagship yang dikeluarkan pada tahun hadapan. Qualcomm dijangkakan akan mengumumkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan chipset ini esok.

Sumber berita diperoleh dari NDTV

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge