Home / Mobile / Android / Sahih: OnePlus 5T secara rasminya akan datang ke Malaysia

Sahih: OnePlus 5T secara rasminya akan datang ke Malaysia

Melalui satu iklan ejek pendek yang dikongsikan di dalam halaman Facebook Page Brightstar, dapat disahkan OnePlus 5T akan hadir ke Malaysia tidak berapa lama lagi. Diumumkan di peringkat global beberapa minggu yang lalu, peranti ini merupakan telefon pintar flagship terbaru dari OnePlus.

OnePlus 5T menawarkan kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835, sama seperti versinya sebelum ini. Tetapi ianya dibezakan dengan beberapa ciri tertentu yang memberikannya kelebihan. Salah satunya adalah penggunaan paparan 6-inci AMOLED 18:9 FHD+ yang dihasilkan dengan teknologi dari Samsung.

Selain itu untuk kamera belakangnya, telefon pintar ini menawarkan tetapan dwi kamera dengan salah satunya menawarkan penderia 16MP dan 12MP. Juga, penderia cap jarinya telah dipindahkan ke bahagian belakang memandangkan skrin 18:9 memerlukan lebih ruang berbanding model yang terdahulu.

Untuk tarikh pelancarannya, pihak Brightstar tidak menyatakan sebarang pemberitahuan berkenaan hal ini. Sebagai rujukan, harga yang ditawarkan untuk OnePlus 5T sewaktu pelancarannya adalah US$499 (lebih kurang RM 2,033) untuk versi 6GB RAM/64GB manakala untuk versi 8GB/128GB pula harga yang ditetapkan adalah US$ 559 (lebih kurang RM 2,278).

Sumber maklumat diperoleh dari Facebook Brightstar Malaysia

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge