Home / Mobile / Android / Samsung Galaxy A8 (2018) dilancarkan secara rasminya – Dwi-Kamera Hadapan, Infinity Display, IP68

Samsung Galaxy A8 (2018) dilancarkan secara rasminya – Dwi-Kamera Hadapan, Infinity Display, IP68

Samsung baru sahaja mendedahkan telefon pintar premium peringkat pertengahan terbarunya – Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018). Bukan sekadar telefon pintar keluaran Samsung yang pertama menampilkan sistem dwi-kamera untuk sebelah hadapannya dengan Live Focus, ia juga turut menawarkan perkakasan yang selama ini digunakan pada telefon-telefon pintar flagshipnya.

Antara ciri berkenaan adalah Infinity Display. Samsung Galaxy A8 hadir dengan paparan 5.6-inci 18.5:9 Super AMOLED, manakala A8+ pula menampilkan paparan yang lebih besar, 6-inci. Kedua-dua telefon pintar ini menawarkan paparan HD+ Penuh, beresolusi 2220 x 1080.

Tetapan dwi-kameranya tampil dengan gabungan dua penderia, 16MP + 8MP. Seperti mana yang disediakan pada Samsung Galaxy Note 8, kamera hadapan telefon pintar Samsung terbaru ini dilengkapi dengan fungsi Live Focus, yang membolehkan imej subjek utama diberikan fokus dan gambar latar dikaburkan.

Melengkapkan spesifikasi Galaxy A8 dan A8+, kedua-duanya menggunakan chipset lapan teras bersama-sama RAM 6GB, storan 32GB atau 64GB yang boleh diperbesarkan, penarafan ketahanan air dan habuk IP68, bateri 3,000mAh (3,500mAh untuk Galaxy A8+), dan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat.

Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman berkenaan harga jualan bagi kedua-dua telefon pintar Samsung terbaru ini. Dijangkakan, harganya akan diumumkan sekitar bulan Januari tahun hadapan.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. Samsung Galaxy A8 and A8+ are two of the most awaited smartphones of 2018. Dual selfies camera, as well as the infinity display, is making the news.
    Read more at http://gadgetgarrio.com/samsung-galaxy-a8-awaited-dual-selfie-camera-2018/#MYPMFfCWGdoCsmXo.99

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge