Home / Mobile / Android / Samsung Galaxy Note 8 dilapor alami masalah untuk dihidupkan semula selepas bateri mencecah paras sifar

Samsung Galaxy Note 8 dilapor alami masalah untuk dihidupkan semula selepas bateri mencecah paras sifar

Samsung dilihat sekali lagi bakal berdepan dengan kemungkinan masalah bateri pada telefon pintarnya. Kali ini untuk telefon pintar flagship terbarunya, Galaxy Note 8 dan masalah ini dilihat lebih rumit berbanding yang pernah berlaku pada Galaxy Note 7 dahulu.

Apa yang dilaporkan berlaku pada sebahagian Galaxy Note 8 ini adalah ianya tidak boleh dihidupkan semula setelah baterinya mencecah paras sifar. Dah cas pun tak masuk-masuk jugak.

Terdapat pelbagai pandangan berkenaan punca kenapa bateri Galaxy Note 8 ini bermasalah. Pihak Samsung buat masa ini hanya mampu sekadar menggantikan unit-unit yang bermasalah tersebut.

Kebanyakan laporan masalah bateri Galaxy Note 8 ini datangnya dari pengguna Amerika Syarikat. Besar kemungkinan masalah ini cuma terhad bagi pasaran di Amerika Syarikat sahaja. Hal ini disebabkan oleh hanya Note 8 untuk Amerika Syarikat sahaja yang menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon. Berbanding rantau lain yang menggunakan chipset Exynos keluaran Samsung.

Setakat ini masalah yang berlaku ini masih lagi boleh dianggap sebagai kes-kes terpencil. Mungkin, atas sebab itu Samsung hanya menggantikan mana-mana unit yang dilaporkan bermasalah.

Sumber berita diperoleh dari Piunikaweb

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge