Home / Mobile / SMS Pertama yang dihantar adalah 25 tahun lalu – Hari Ini Dalam Sejarah

SMS Pertama yang dihantar adalah 25 tahun lalu – Hari Ini Dalam Sejarah

Anda yang pernah merasai dan kerap menggunakan perkhidmatan SMS satu ketika dahulu mungkin kini sudah merasa tua – memandangkan teknologi perkhidmatan permesejan ringkas ini sudah pun berusia 25 tahun. SMS pertama dihantar oleh seorang jurutera, Neil Papworth pada 3 Disember 1992.

Mesej beliau yang tertera “merry Christmas” dihantar ke telefon mudah alih Pengarah Vodafone pada masa itu, Richard Jarvis dari sebuah komputer. Permulaan yang nampak macam biasa-biasa sahaja, tetapi memberi kesan yang besar terhadap cara manusia berkomunikasi.

SMS mengambil masa yang agak lama untuk diterima pakai secara meluas pada dekad 90’an. Dua sebab utama mengapa ianya lambat diterima pakai oleh pengguna massa adalah rangkuman isyarat penerimaan gelombang selular dan juga rekabentuk telefon mudah alih itu sendiri yang mengutamakan ciri mendail nombor panggilan berbanding menaip teks.

Namun, semua berubah apabila semakin banyak telefon mudah alih dengan rekaan yang membolehkan teks ditaip dengan lebih pantas seperti mana Nokia 3310. Serta pemancaran isyarat rangkaian telekomunikasi yang semakin ditambah baik dari tahun ke tahun.

Pengaruh SMS terhadap cara kita berkomunikasi amat besar sungguhpun pada awalnya teks-teks yang ditulis dengan singkatan perkataan ini memeningkan kepala pengguna-pengguna baru seperti warga veteran. Perkataan-perkataan yang ditulis secara singkatan ini disebabkan oleh kekangan jumlah aksara yang telah ditetapkan iaitu 160 aksara.

Malah, had aksara Twitter asal yang ditetapkan pada 140 aksara (sekarang 280 aksara) ini adalah bagi membolehkan kicauan (tweet) dihantar melalui SMS. Ciri ini amat membantu ketika era sebelum internet mudah alih digunakan secara meluas.

Sekarang, dengan capaian internet mudah alih yang semakin meluas berserta era telefon pintar, masa depan penggunaan SMS menjadi sukar untuk ditelah. Keadaan ini turut disumbangkan oleh penggunaan aplikasi permesejan dan media sosial seperti Whatsapp dan Facebook. Untuk catatan, purata mesej yang berjaya dihantar oleh Whatsapp setiap hari adalah sebanyak 55 billion sepanjang Julai tahun ini.

Teknologi SMS dijangka tidak akan lenyap dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin berlaku adalah ianya semakin dilupakan oleh pengguna dari hari ke hari sebagaimana apa yang berlaku terhadap teknologi GSM pada hari ini.

Sumber berita diperoleh dari CBC

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge