Home / Mobile / Android / Xiaomi dedahkan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus

Xiaomi dedahkan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus

Xiaomi kini sedang merancang untuk mengumumkan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus di China pada hari Khamis ini. Pengarah Bahagian Pengurusan Produk, Donovan Sung baru sahaja mempertontonkan foto-foto telefon pintar berkenaan melalui Twitter.

Tiada sebarang maklumat berkenaan harga dan spesifikasi yang dikongsikan setakat ini. Cuma, berdasarkan foto-foto yang dikongsikan kita dapat lihat bahawa telefon pintar ini menampilkan paparan bezel ramping dengan nisbah skrin 18:9. Sesuai dengan trend kebanyakan telefon pintar bertaraf tinggi yang dilancarkan sepanjang tahun ini.

Bezanya, kita dapat agak yang Redmi 5 ini akan dijual pada harga mampu milik. Sungguhpun ianya bukanlah telefon pintar bertaraf flagship, jenama Redmi sangat penting kepada Xiaomi terutamanya di India.Ā Redmi 4 dan Redmi Note 4 merupakan dua model telefon pintar yang paling popular di India mengatasi Samsung menurut perangkaan IDC.

Harganya memang kita tak tahu lagi setakat ini, namun mengambil kira harga jualan Redmi 4 dahulu, ianya dijual sekitarĀ $108 (bersamaan lebih kurang RM439). Telefon pintar Redmi 4 dahulu menawarkan spesifikasi seperti kerangka logam, penderia cap jari, chipset Qualcomm Snapdragon 435, kamera utama 13MP dan bateri 4,100mAh.

Xiaomi turut melancarkan telefon pintar terbaru versi yang lebih murah, Redmi 5A dengan harga jualannya sekitar $78 (bersamaan lebih kurang RM316). Menawarkan spesifikasi seperti chipsetĀ Snapdragon 425 dan bateri 3,000mAh.

Jika Xiaomi masih lagi mampu mengekalkan strategi penghasilan telefon pintar berspesifikasi tinggi pada harga yang berpatutan, tidak mustahil telefon pintar terbarunya ini akan menjadi telefon pintar yang terlajak laris di pasaran India dan rantau Asia.

Sumber berita diperoleh dari NDTV

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge