Home / Mobile / Android / Android Oreo Beta, tersedia untuk Xiaomi Mi A1 – hadir dengan ciri pengecasan Pantas

Android Oreo Beta, tersedia untuk Xiaomi Mi A1 – hadir dengan ciri pengecasan Pantas

Xiaomi Mi A1 mula diperkenalkan sejak September lalu dan ianya diketahui sebagai telefon pintar Xiaomi pertama yang didatangkan dengan sistem operasi Android stok. Telefon pintar ini hadir dengan pakej yang hampir lengkap seperti antaramuka yang lancar dan kemas, rekaan premium, paparan yang cantik dan juga kualiti kamera yang mengagumkan. Cuma, satu sahaja masalah pada Mi A1 ini – baterinya yang lambat untuk dicaskan sehingga penuh.

Sungguhpun kapasiti bateri yang ditawarkan olehnya mampu bertahan untuk satu jangka masa yang agak lama, masa yang diperlukan untuk ianya dari tahap sifar hingga ke 100 peratus memerlukan tempoh sehingga melebihi 2 jam. Namun, keadaan ini bakal berubah tidak lama lagi.

Xiaomi buat masa ini sedang menjalani beta tertutup Android Oreo untuk Xiaomi Mi A1 dan didapati, peranti yang menggunakan sistem operasi mampu ditingkatkan kelajuan pengecasannya secara drastik. Menurut laporan dari TelecomTalk, masa yang pengecasan dari sifar ke 100 peratus yang diperlukan untuk peranti dengan sistem Android Oreo ini adalah 92 minit.

Tiada ETA diberikan berkenaan bilakah Oreo untuk Mi A1 ini akan diterbitkan kepada umum. Namun, dengan kehadiran beta ini, dijangkakan ia akan menemui pengguna tidak lama lagi.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. Pretty! This was a really wonderful post. Thank you for providing these details.
    snaptube pro apk download

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge