Home / Mobile / Android / Xiaomi Mi A1 mula terima kemaskini Android 8.0 Oreo hari ini

Xiaomi Mi A1 mula terima kemaskini Android 8.0 Oreo hari ini

Telefon pintar Xiaomi pertama yang menggunakan sistem Android One, Mi A1 telah mula menerima kemaskini Android 8.0 Oreo hari ini. Xiaomi sebelum ini telah berjanji akan menawarkan kemaskini Android Oreo untuk Mi A1 dalam tahun ini juga.

Kini pada hari terakhir tahun 2017 ini, Xiaomi telah menepati janjinya. Sungguhpun tinggal sehari ini je dah nak masuk tahun baru 2018.

Kemaskini yang telah pun menjalani pengujian beta awam pada minggu lepas ini akan disediakan kepada pengguna secara berperingkat. Mungkin ada sebahagian besar pengguna akan dapat memasang kemaskini ini awal tahun depan.

Pada tahun lepas, 2016, OnePlus juga pernah berjanji akan mengemaskini OnePlus 3 dan OnePlus 3T ke Android Nougat pada tahun yang sama. Akhirnya, janji tesebut ditepati dengan kemaskininya mula diterbitkan secara berperingkat pada 31 Disember 2016.

Tahun ini, giliran Xiaomi pula yang buat hal yang serupa.

Sumber berita diperoleh dari Twitter Xiaomi

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge