Home / Mobile / Android / Nokia 6 (2018) diperkenalkan secara rasminya, hadir dengan Snapdragon 630

Nokia 6 (2018) diperkenalkan secara rasminya, hadir dengan Snapdragon 630

Nokia 6 model terkini telah hadir dengan pembaharuan, mengatasi kelemahan keluaran tahun lepas. Nokia telah menyenaraikan telefon pintar ini di dalam laman rasminya, lengkap dengan foto, spesifikasi dan sebagainya.

Dari segi rupa luarannya, tidak banyak beza jika dibandingkan dengan Nokia 6 (2017). Telefon pintar ini masih lagi menawarkan uni-kerangka dengan bucu bundar. Namun, penderia cap jarinya telah dialihkan ke bahagian belakang bagi memberi ruang kepada rekaan bingkainya yang semakin menipis.

Atas sebab ini, butang navigasi berkapasitifnya telah dialih keluar dan digantikan dengan jenis atas-skrin (on-screen).

Pembaharuan-pembaharuan pada luarannya mungkin nampak kecil. Tetapi untuk spesifikasi dalamannya, ia mendapat nafas baru apabila dilengkapi dengan pemprosesan yang lebih baik. Menggantikan Snapdragon 430 yang kurang kuasa pemprosesannya berbanding Snapdragon 630. Nokia 6 (2018) ini hadir dengan RAM 4GB.

Lain-lain, telefon pintar Nokia terbaru ini masih lagi mengekalkan spesifikasi sepertimana model tahun 2017 dahulu. Iaitu paparan 5.5-inci beresolusi 1920 x 1080, kamera belakang 16MP, bateri 3,000 mAh.

Nokia 6 (2018) didatangkan dengan sistem Android 7.1.1 Nougat, namun Nokia menyatakan kemaskini Oreo sedang diusahakan dan boleh dipasang apabila ia tersedia kelak. Juga, labuhan USB Type-C disediakan bagi menggantikan labuhan USB mikro pada model terdahulu.

Nokia 6 versi 32GB dijual dengan harga CNY 1499(lebih kurang RM923). Manakala versi 64GB pula dijual pada harga CNY 1699 (lebih kurang RM1046). Telefon pintar Nokia yang terbaru ini boleh di pra tempah di China bermula 10 Januari ini. Pasaran bagi rantau lain termasuk Malaysia dijangka bakal menyusul tidak lama lagi.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge