Home / Mobile / Android / OnePlus 5T kini boleh dikemaskini ke Android Oreo melalui Beta Terbuka

OnePlus 5T kini boleh dikemaskini ke Android Oreo melalui Beta Terbuka

Selepas menerbitkan kemaskini Android 8.0 untuk OnePlus 5 secara berperingkat sepanjang minggu lalu, kini tiba giliran OnePlus 5T pula untuk dikemaskini ke Android Oreo ini.

Sedang versi rasminya sedang diusahakan, pengguna OnePlus 5T kini diberikan pilihan untuk memuat turun dan memasang beta terbuka berkenaan.

Oxygen OS Open Beta 1 ini akan mengemaskini telefon pintar 5T ke Android Oreo selain turut menambah fungsi unik baharu OnePlus dan juga patch keselamatan untuk bulan Disember.

Macam biasa, kemaskini Beta ini mempunyai masalahnya yang tersendiri dan pengguna biasa yang kurang mahir tentang teknikal telefon pintar tidak digalakkan untuk memuat turun kemaskini ini. Namun, bagi pengguna yang tahu selok belok teknikal, boleh mencuba mendapatkannya andai inginkan sedikit ‘cabaran’.

Pun begitu, tiada maklumat berkenaan tarikh kemaskini ini disediakan secara rasmi melalui OTA setakat ini.

Sumber berita diperoleh dari 9to5 Google

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge