Home / Mobile / Android / Samsung Galaxy A8 (2018) kini boleh di pra tempah di Korea Selatan

Samsung Galaxy A8 (2018) kini boleh di pra tempah di Korea Selatan

Samsung Galaxy A8 (2018) sebelum ini dilaporkan akan dilancarkan secara rasminya pada 5 Januari 2018. Kini telefon pintar peringkat pertengahan ini boleh di pra tempah di pasaran Korea Selatan.

Telefon pintar ini akan dijual untuk pasaran Korea Selatan dengan harga 599,500 won (lebih kurang RM 2268) dengan pilihan warna biru, hitam dan emas.

Harga bagi Samsung Galaxy A8 ini bukanlah poin utama jualannya memandangkan lebih banyak lagi telefon pintar peringkat pertengahan lain yang dijual pada julat harga yang lebih rendah.

Tarikannya terletak pada penawaran ciri premium yang turut disediakan pada Samsung Galaxy S8 seperti paparan Infinity 18:9 Super AMOLED, sokongan unutk Gear VR, kerintangan habuk dan air IP86, berserta keupayaan menggunakan Samsung Pay untuk pembayaran NFC dan MST.

Sumber berita diperoleh dari Korea Herald

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge