Home / Mobile / Senarai peranti flagship 2018 dengan chipset Snapdragon 845 tertiris

Senarai peranti flagship 2018 dengan chipset Snapdragon 845 tertiris

Senarai telefon pintar flagship tahun 2018 yang bakal menggunakan chipset peringkat atasan Qualcomm, Snapdragon 845 telah tertiris di internet. Turut dinyatakan di dalam senarai berkenaan, tarikh-tarikh setiap telefon pintar tersebut dilancarkan.
Sekadar catatan, Snapdragon 845 membawakan beberapa pembaharuan. Antaranya termasuklah keupayaan rakaman 4K 60fps, dan rakaman video gerak perlahan 480fps dirakam pada kualiti 720p. 

Selain dari peningkatan prestasi pemprosesan grafik dan kecekapan penggunaan tenaga, chipset ini turut didatangkan bersama modem LTE baharu X20 yang menjanjikan rangkaian yang lebih pantas.

Kalau betul la senarai berkenaan boleh dipercayai, telefon pintar flagship berchipset Snapdragon 845 pertama yang akan keluar adalah Samsung Galaxy S9 dan S9+. Diikuti oleh LG G7 dan G7+. Kedua-duanya dijadual akan dilancarkan sekitar Februari bersempena MWC 2018.

Berikut adalah senarai tesebut yang telah tertiris di internet;


Senarai ini bagaimanpun bukanlah sesuatu yang muktamad. Mungkin akan belaku beberapa perubahan dari pengeluar peranti masing-masing bergantung dengan keadaan semasa.

Sumber berita diperoleh dari GSMArena

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge