Home / Internet / CloudFlare lancarkan Perkhidmatan DNS Awam 1.1.1.1, jamin lebih pantas dari DNS Google dan OpenDNS

CloudFlare lancarkan Perkhidmatan DNS Awam 1.1.1.1, jamin lebih pantas dari DNS Google dan OpenDNS

Domain Name Server atau singkatannya DNS merupakan direktori nama-nama domain dan alamat IP yang berkaitan dengannya. Apabila anda menaipkan alamat laman web, seperti anakaskarpencen.com atau google.com misalnya, DNS anda akan mencari alamat IP yang dikaitkan dengan domain berkenaan supaya halamannya dapat dimuatkan.

Kebanyakan pengguna hanya menggunakan perkhidmatan DNS yang telah disediakan oleh ISP masing-masing. Namun, DNS alternatif lain seperti Google Public DNS dan OpenDNS telah menjadi semakin popular lewat kebelakangan ini.

Ada beberapa sebab utama mengapa pengguna menggunakan perkhidmatan DNS pihak ketiga. Antaranya termasuklah kebimbangan ISP akan mendapatkan data log masuk DNS pengguna atau sesetengahnya pula menggunakan untuk melepasi sesetengah laman web yang disekat oleh pihak kerajaan.

CloudFlare, sebuah syarikat keselamatan internet terkemuka dan penyedia perkhidmatan CDN, hari ini telah mengumumkan perkhidmatan DNS awam keluarannya. Menurut CloudFlare, perkhidmatan ini lebih pantas dan Google DNS dan OpenDNS.

DNS CloudFlare menggunakan 1.1.1.1 dan 1.0.o.1 untuk sambungan IPv4 dan 2606:4700:4700::1111 dan 2606:4700:4700::1001 untuk sambungan IPv6. Laman rasminya juga turut menyediakan panduan mengubah DNS pada PC dan juga pada tetapan router bagi membolehkan ianya digunakan di seluruh rangkaian.

Perkhidmatan CloudFlare ini turut menyokong kedua-dua jenis DNS iaitu, DNS-over-TLS dan DNS-over-HTTPS, bagi meningkatkan lagi ciri keselamatannya. Selain itu, perkhidmatan ini turut menggunakan pengecilan kuiri, pengagihan cache dan jawapan agresif negatif bagi meningkatkan ciri keselamatannya dan juga prestasinya. CloudFlare juga turut mendakwa tidak pernah melakukan log alamat IP dan juga menggunakan khidmat pengauditan KPMG bagi menguatkan lagi tahap integritinya.

Sumber berita diperoleh dari CloudFlare

 

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge