Home / Mobile / Aplikasi / WhatsApp kini boleh memainkan video Facebook dan Instagram tanpa perlu keluar dari Aplikasi
Berlin, Germany - February 12: In this photo illustration the apps of social media networks WhatsApp, Facebook, and Instagram are displayed on a smartphone on February 12, 2018 in Berlin, Germany. (Photo Illustration by Thomas Trutschel/Photothek via Getty Images)

WhatsApp kini boleh memainkan video Facebook dan Instagram tanpa perlu keluar dari Aplikasi

WhatsApp menerima kemaskini yang agak penting apabila menyediakan integrasi bersama aplikasi lain, Facebook dan Instagram. Aplikasi permesejan segera ini telah dikemaskini bagi membolehkan video dari platform media sosial lain berkenaan dapat dimainkan tanpa perlu pengguna keluar dari WhatsApp. Turut disediakan, fungsi gambar-dalam-gambar untuk memudahkan pengguna terus menatal mesej.

Pautan video Facebook dan Instagram yang dihantar menerusi WhatsApp kini boleh dimainkan terus tanpa perlu bertukar keluar ke aplikasi masing-masing. Seterusnya, memastikan segalanya dijalankan di dalam aplikasi permesejan segera berkenaan. Setakat ini masih belum diketahui jika terdapat sebarang had penggunaan bagi fungsi berkenaan memandangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari pihak Whatsapp setakat ini.

Facebook pada masa ini sedang giat mengusahakan penyatuan fungsi aplikasi-aplikasi di bawah naungannya dan membenarkan video dimainkan di dalam WhatsApp merupakan satu langkah awal. Ia dapat menyelesaikan masalah menukar ke aplikasi lain sewaktu perbualan di dalam mesej sedang berlaku.

Setakat ini hanya pengguna iOS sahaja yang menerima kemaskini ini dan kedua-duanya, baik Facebook mahupun WhatsApp masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Lanjutan itu, tiada sebarang maklumat disediakan berkenaan bilakah kemaskini ini akan hadir pada peranti-peranti Android.

Sumber berita diperoleh dari iTunes.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge