Anak Askar Pencen http://anakaskarpencen.com/blog Blog Teknologi Kegemaran Hangpa Semua Sat, 24 Feb 2018 08:38:39 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.4 https://i1.wp.com/anakaskarpencen.com/blog/wp-content/uploads/2015/03/Logo-Anak-Askar-54f57cb6v1_site_icon.png?fit=32%2C32 Anak Askar Pencen http://anakaskarpencen.com/blog 32 32 79826691 Acer mula catat keuntungan selepas 7 tahun; Industri Permainan PC penyumbang utama http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/acer-catat-untung/ http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/acer-catat-untung/#respond Sat, 24 Feb 2018 08:38:39 +0000 http://anakaskarpencen.com/blog/?p=7408 Acer mula catat keuntungan selepas 7 tahun; Industri Permainan PC penyumbang utama

Acer kini telah mula kembali mencatatkan keuntungan setelah tujuh tahun mengalami defisit dan semua ini disebabkan oleh perkembangan industry permainan PC yang semakin meluas. Fokus Acer terhadap segmen permainan PC nampaknya telah memberikan pulangan terhadap perniagaan Acer secara keseluruhannya. Penumpuan Acer terhadap segmen ini bermula pada tahun 2016 yang lalu apabila mula memperkenalkan laptop Predator ...

The post Acer mula catat keuntungan selepas 7 tahun; Industri Permainan PC penyumbang utama appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
Acer mula catat keuntungan selepas 7 tahun; Industri Permainan PC penyumbang utama

Acer kini telah mula kembali mencatatkan keuntungan setelah tujuh tahun mengalami defisit dan semua ini disebabkan oleh perkembangan industry permainan PC yang semakin meluas.

Fokus Acer terhadap segmen permainan PC nampaknya telah memberikan pulangan terhadap perniagaan Acer secara keseluruhannya. Penumpuan Acer terhadap segmen ini bermula pada tahun 2016 yang lalu apabila mula memperkenalkan laptop Predator yang mengkhususkan pada permainan PC.

Pertaruhan ini nampaknya membuahkan hasil apabila dalam jangka masa dua tahun, laptop-laptop Predator ini mampu menjana keuntungan buat Acer sungguhpun di dalam keadaan jualan PC di seluruh dunia yang semakin suram. Menurut Bloomberg, peranti-peranti permainan PC Acer telah membawakan keuntungan sekitar 13 hingga 15 peratus.

Segmen permainan PC amat kompetitif memandangkan ia turut disaingi oleh pengeluar-pengeluar utama lain seperti Asus, Dell Alienware, Razer dan juga MSI. Pun begitu, Acer telah menunjukkan kemampuannya di dalam segmen apabila menawarkan peranti yang berkuasa tinggi pada harga yang amat munasabah.

Secara keseluruhannya, segmen permainan PC merupakan pertaruhan yang berbaloi buat pengeluar-pengeluar PC memandangkan sukan-sukan elektronik mula mendapat tempat di kalangan masyarakat massa dan seterusnya meningkatkan hasil jualan perkakasan berkaitan seiring dengan pertambahan jumlah peminat sukan baru ini.

Turut menyumbang kepada peningkatan keuntungan ini adalah perlombongan kripto yang menjadikan harga kad-kad grafik meningkat. Keadaan ini menyukarkan pengguna membina sendiri set computer untuk tujuan permainan apabila berlaku peningkatan kos. Justeru, membeli set PC permainan yang sudah siap dari pengeluar-pengeluar adalah lebih berbaloi dalam keadaan ini.

Acer sebelum ini pernah menjadi pengeluar terbesar komputer Windows dan CEO Acer memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan mengabaikan segmen lain perkomputerannya seperti untuk perniagaan dan laptop mampu milik, sungguhpun menerima keuntungan besar melalui jualan PC segmen permainan.

Sumber berita diperoleh dari Bloomberg

The post Acer mula catat keuntungan selepas 7 tahun; Industri Permainan PC penyumbang utama appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/acer-catat-untung/feed/ 0 7408
Ahli AirAsia BIG kini boleh menikmati Internet dalam Penerbangan secara percuma http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/airasia-big-internet-percuma/ http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/airasia-big-internet-percuma/#respond Wed, 21 Feb 2018 09:05:15 +0000 http://anakaskarpencen.com/blog/?p=7403 Ahli AirAsia BIG kini boleh menikmati Internet dalam Penerbangan secara percuma

AirAsia telah mengumumkan ahli-ahli program kesetiaannya, AirAsia BIG kini boleh menggunakan internet dalam penerbangan secara percuma yang disediakan oleh ROKKI pada penerbangan yang terpilih. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna hanyalah perlu melog masuk ke akaun keahlian BIG sebaik sahaja perkhidmatan berkenaan diaktifkan sewaktu penerbangan. Perkhidmatan ini tidak sama dengan perkhidmatan hotspot wi-fi biasa yang ...

The post Ahli AirAsia BIG kini boleh menikmati Internet dalam Penerbangan secara percuma appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
Ahli AirAsia BIG kini boleh menikmati Internet dalam Penerbangan secara percuma

AirAsia telah mengumumkan ahli-ahli program kesetiaannya, AirAsia BIG kini boleh menggunakan internet dalam penerbangan secara percuma yang disediakan oleh ROKKI pada penerbangan yang terpilih. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna hanyalah perlu melog masuk ke akaun keahlian BIG sebaik sahaja perkhidmatan berkenaan diaktifkan sewaktu penerbangan.

Perkhidmatan ini tidak sama dengan perkhidmatan hotspot wi-fi biasa yang ditawarkan di premis-premis perniagaan. Bagi anda yang tidak biasa dengan perkhidmatan wi-fi dalam penerbangan ROKKI, jumlah data yang ditawarkan adalah kecil dan ianya sekadar memadai untuk membuka e-mel dan perkhidmatan permesejan segera lain. Penggunaan seperti melayari laman web atau yang lebih memerlukan data adalah tidak begitu sesuai.

Ahli AirAsia BIG yang layak menerima perkhidmatan percuma ini turut menerima Chat Plan 2MB yang menyediakan akses ke WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk, dan Viber. Biasanya pelan berharga RM9 dan pengguna yang membayarnya akan menerima kuota data 3MB.

Sungguhpun anda mungkin tidak dapat memanfaatkan penggunaan internet secara sepenuhnya di dalam penerbangan anda, sekurang-kurangnya ahli AirAsia BIG masih boleh lagi mendapatkan hiburan di dalam penerbangan melalui ROKKI.

Layari laman rasmi AirAsia BIG untuk maklumat lanjut.

The post Ahli AirAsia BIG kini boleh menikmati Internet dalam Penerbangan secara percuma appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/airasia-big-internet-percuma/feed/ 0 7403
Samsung umumkan SSD berkapasiti 30TB http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/samsung-umum-ssd-30tb/ http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/samsung-umum-ssd-30tb/#respond Wed, 21 Feb 2018 05:33:36 +0000 http://anakaskarpencen.com/blog/?p=7399 Samsung umumkan SSD berkapasiti 30TB

Samsung hari ini mengumumkan pihaknya telah mula menjalankan pembuatan berskala besar bagi menghasilkan SSD berkapasiti terbesar di dunia keluarannya. Pada faktor bentuk 2.5 inci, pemacu ini mampu memuatkan kapasiti sehingga 30.75 terabyte melalui teknologi Samsung V-NAND. Dikenali sebagai PM1643, pemacu ini menggabungkan 32 batang flash NAND 1TB, yang setiap satunya mengandungi 16 lapisan cip V-NAND 512GB ...

The post Samsung umumkan SSD berkapasiti 30TB appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
Samsung umumkan SSD berkapasiti 30TB

Samsung hari ini mengumumkan pihaknya telah mula menjalankan pembuatan berskala besar bagi menghasilkan SSD berkapasiti terbesar di dunia keluarannya. Pada faktor bentuk 2.5 inci, pemacu ini mampu memuatkan kapasiti sehingga 30.75 terabyte melalui teknologi Samsung V-NAND.

Dikenali sebagai PM1643, pemacu ini menggabungkan 32 batang flash NAND 1TB, yang setiap satunya mengandungi 16 lapisan cip V-NAND 512GB yang disusun secara bertindan. Melalui teknologi ini, pemacu terbaru keluaran Samsung ini mampu menawarkan kadar pemindahan data yang sangat pantas – hingga tiga atau empat kali ganda berbanding SSD biasa – berserta mampu di’boot’kan dengan lebih pantas.

Pemacu-pemacu terbaru ini juga dilaporkan mampu menyimpan sehingga 5,700 buah video HD penuh di dalam sesebuah unit.

With our launch of the 30.72TB SSD, we are once again shattering the enterprise storage capacity barrier, and in the process, opening up new horizons for ultra-high capacity storage systems worldwide. Samsung will continue to move aggressively in meeting the shifting demand toward SSDs over 10TB and at the same time, accelerating adoption of our trail-blazing storage solutions in a new age of enterprise systems.

Secara keseluruhannya, pemacu ini menawarkan kelajuan dan kapasiti sekali ganda lebih baik dari SSD 15.36TB yang dilancarkan sekitar Mac 2016.

Pemacu ini tidak akan hadir pada mana-mana laptop atau desktop keluaran terbaru dalam masa terdekat ini. Namun, bagi pengguna seperti saya, pada kebiasaannya akan menunggu jauh lebih lama untuk mendapatkan perkakasan ini atas faktor harga.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

The post Samsung umumkan SSD berkapasiti 30TB appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
http://anakaskarpencen.com/blog/2018/02/samsung-umum-ssd-30tb/feed/ 0 7399
HTC U11+ hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,099 http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/htc-u11-malaysia-rm3099/ http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/htc-u11-malaysia-rm3099/#respond Thu, 11 Jan 2018 15:46:56 +0000 http://anakaskarpencen.com/blog/?p=6961 HTC U11+ hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,099

HTC U11+ kini secara rasminya telah tiba di pasaran Malaysia. Dijadualkan pada asalnya hadir sekitar bulan lepas, telefon pintar ini merupakan versi yang lebih besar dari HTC U11 pada saiz fizikalnya. Melihat pada perkakasan, HTC U11+ tidak jauh bezanya dengan HTC U11. Antaranya termasuklah chipset Qualcomm Snapdragon 835, RAM 6GB, storan 128GB yang boleh diperbesar dengan ...

The post HTC U11+ hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,099 appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
HTC U11+ hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,099

HTC U11+ kini secara rasminya telah tiba di pasaran Malaysia. Dijadualkan pada asalnya hadir sekitar bulan lepas, telefon pintar ini merupakan versi yang lebih besar dari HTC U11 pada saiz fizikalnya.

Melihat pada perkakasan, HTC U11+ tidak jauh bezanya dengan HTC U11. Antaranya termasuklah chipset Qualcomm Snapdragon 835, RAM 6GB, storan 128GB yang boleh diperbesar dengan kad mikro SD, bersama-sama kamera utama 12MP UltraPixel 3 yang mengkagumkan.

Apa yang membezakan HTC U11+ ini dengan U11 adalah pada paparan 6-inci 2880 x 1440 dengan kadar nisbah 18:9. Ia juga menawarkan bateri berkapasiti 3930 mAh berserta sistem operasi Android Oreo. Untuk pasaran Malaysia, telefon pintar ini hanya ditawarkan dalam variasi 128GB sahaja.

Selain itu, telefon pintar ini turut menawarkan antaramuka HTC Edge Sense, yang mana membolehkan pengguna memicit kedua-dua sisi telefon pintar HTC ini bagi mengaktifkan fungsinya. Menu yang boleh diubahsuai ini direka khusus untuk mempercepatkan akses ke fungsi-fungsi seperti kamera, tetapan segera dan aplikasi. Lebih kurang 22 fungsi dan aplikasi yang berbeza boleh dipetakan ke dalam menu HTC Edge Sense, manakala hanya enam sahaja tetapan segera yang boleh dipetakan ke dalamnya.

Menu ini juga boleh diakses dalam keadaan telefon pintar berkunci, membenarkan pengguna mendapatkan akses segera. Bagaimanapun, pengguna masih lagi perlu membuka kunci telefon pintar sebaik sahaja menu berkenaan membawa ke halaman lanjutan fungsi atau aplikasi berkenaan.

HTC hanya akan memasarkan HTC U11+ dengan pilihan warna Translucent Black sahaja, dan tiada sebarang perancangan bagi membawakan pilihan-pilihan warna lain bagi pasaran di Malaysia. Oh ya, sesuai dengan nama warna yang digunakan, kemasan kerangka telefon pintar ini lutcahaya dan komponen-komponen elektronik di dalamnya boleh dilihat dari luar.

Telefon pintar ini boleh didapati secara atas talian melalui Lazada, 11Street, dan Shopee bermula dari 15-21 Januari ini. Pra-tempahan atas talian bakal menerima cenderahati percuma berupa beg kulit, powerbank 8,000 mAh, kit kembara, buku nota, lanyard dan tungku telefon (phone stand).

Sumber berita diperoleh dari HTC Malaysia

The post HTC U11+ hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM 3,099 appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/htc-u11-malaysia-rm3099/feed/ 0 6961
Microsoft nyatakan pembaikan keselamatan untuk kerentanan CPU boleh buatkan komputer lama jadi lembab http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/microsoft-nyatakan-pembaikan-keselamatan-untuk-kerentanan-cpu-boleh-buatkan-komputer-lama-jadi-lembab/ http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/microsoft-nyatakan-pembaikan-keselamatan-untuk-kerentanan-cpu-boleh-buatkan-komputer-lama-jadi-lembab/#respond Wed, 10 Jan 2018 04:01:46 +0000 http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/microsoft-nyatakan-pembaikan-keselamatan-untuk-kerentanan-cpu-boleh-buatkan-komputer-lama-jadi-lembab/ Microsoft nyatakan pembaikan keselamatan untuk kerentanan CPU boleh buatkan komputer lama jadi lembab

Pembaikan keselamatan untuk masalah kerentanan Meltdown dan Spectre boleh menyebabkan komputer-komputer keluaran sebelum tahun 2015 menjadi lembab. Keadaan ini boleh dikesan melalui pengukuran penanda aras sebagaimana yang telah dijalankan oleh pihak Microsoft. Komputer-komputer yang menggunakan cip pemprosesan yang baru seperti Intel Core Generasi Keenam dan ke atas menerima kesan yang minima selepas pembaikan keselamatan ini.  ...

The post Microsoft nyatakan pembaikan keselamatan untuk kerentanan CPU boleh buatkan komputer lama jadi lembab appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
Microsoft nyatakan pembaikan keselamatan untuk kerentanan CPU boleh buatkan komputer lama jadi lembab

Pembaikan keselamatan untuk masalah kerentanan Meltdown dan Spectre boleh menyebabkan komputer-komputer keluaran sebelum tahun 2015 menjadi lembab. Keadaan ini boleh dikesan melalui pengukuran penanda aras sebagaimana yang telah dijalankan oleh pihak Microsoft.

Komputer-komputer yang menggunakan cip pemprosesan yang baru seperti Intel Core Generasi Keenam dan ke atas menerima kesan yang minima selepas pembaikan keselamatan ini. 

Namun, untuk komputer yang lama seperti Intel Core Generasi Keempat dan kebawah, kesan sampingan dari pembaikan ini amat jelas kelihatan termasuk pada PC yang menggunakan Windows 10, Windows 7 dan Windows 8.

Bagi Windows Server pula, kesan lembabnya kelihatan lebih teruk disebabkan kebergantungannya terhadap I/O.

Cip pemprosesan yang lebih baru mendapat impak yang minima kerana ianya boleh menghadkan arahan yang digunakan bagi melumpuhkan aktiviti spekulasi ranting (branch speculation). Windows 10 pula, ianya lebih pantas kerana ianya tidak lagi menggunakan cara legacy dalam menukar antara memori pengguna dengan memori kernel.

Jika anda berpendapat komputer anda terkesan dengan pembaikan ini, prestasi komputer anda akan merosot sebaik sahaja Intel menerbitkan pembaikan keselamatan bagi kerentanan Meltdown dan Spectre dalam beberapa hari lagi nanti.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft Secure

The post Microsoft nyatakan pembaikan keselamatan untuk kerentanan CPU boleh buatkan komputer lama jadi lembab appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/microsoft-nyatakan-pembaikan-keselamatan-untuk-kerentanan-cpu-boleh-buatkan-komputer-lama-jadi-lembab/feed/ 0 6959
AMD sahkan CPU Zen+ Ryzen Baharu hadir April ini, Cipset X470, Threadripper dan APU akan menyusul http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/amd-ryzen-zen-x470-threadripper/ http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/amd-ryzen-zen-x470-threadripper/#respond Tue, 09 Jan 2018 04:55:06 +0000 http://anakaskarpencen.com/blog/?p=6954 AMD sahkan CPU Zen+ Ryzen Baharu hadir April ini, Cipset X470, Threadripper dan APU akan menyusul

AMD akhirnya mengumumkan perancangan tahun 2018 ini dengan meneruskan saingannya terhadap Intel. Sungguhpun tidak banyak perincian teknikal dan juga nombor model-modelnya yang dikongsikan, kita dapat melihat keadaan tahun ini setidak-tidaknya mengulangi ‘pertempuran CPU’ seperti yang berlaku pada tahun lepas. APU desktop dengan grafik Vega akan menemui pengguna pada 12 Februari ini, diikuti dengan CPU desktop ...

The post AMD sahkan CPU Zen+ Ryzen Baharu hadir April ini, Cipset X470, Threadripper dan APU akan menyusul appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
AMD sahkan CPU Zen+ Ryzen Baharu hadir April ini, Cipset X470, Threadripper dan APU akan menyusul

AMD akhirnya mengumumkan perancangan tahun 2018 ini dengan meneruskan saingannya terhadap Intel. Sungguhpun tidak banyak perincian teknikal dan juga nombor model-modelnya yang dikongsikan, kita dapat melihat keadaan tahun ini setidak-tidaknya mengulangi ‘pertempuran CPU’ seperti yang berlaku pada tahun lepas.

APU desktop dengan grafik Vega akan menemui pengguna pada 12 Februari ini, diikuti dengan CPU desktop Ryzen Generasi Kedua, siri-2000 pada April dan disusuli pula dengan Ryzen Threadripper Generasi Kedua pada pertengahan tahun 2018.

CPU desktop Ryzen terbaru ini boleh disesuaikan dengan cipset sedia ada yang digunapakai oleh Ryzen 3, Ryzen 5 dan Ryzen 7 model semasa. Juga, ianya boleh digunakan pada papan induk lama yang menggunakan AM4, asalkan ianya menerima kemaskini BIOS yang akan diterbitkan sewaktu pelancaran CPU terbaru ini. Pada masa yang sama, CPU-CPU Ryzen keluaran tahun lepas juga boleh digunakan pada papan induk bercipset X470 yang baru.

Beberapa pembaharuan turut ditambah melalui senibina Zen ini. Pertama sekali, ianya dibina menggunakan proses pembuatan Zen+ 12nm (asalnya 14nm) dan akan menawarkan frekuensi yang lebih tinggi berbanding cip-cip pemprosesan yang terdahulu.

Untuk cipset terbaru X470 pula, ia bakal menawarkan penambahbaikan pada USB bus, susun atur memori, overclocking pada memori, menyokong frekuensi yang lebih tinggi dan pengurangan latensi disamping meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga CPU.

Tidak ketinggalan, AMD turut memperkenalkan CPU yang disertakan bersama cip grafik yang digelar sebagai APU oleh AMD. Ryzen 5 2400G dan Ryzen 3 2200G merupakan yang pertama akan diperkenalkan pada 12 Februari ini dengan harga masing-masing di pasaran $169 (lebih kurang RM676) dan $99 (lebih kurang RM396).

APU Frek. Asas Frek. Dipertingkat Teras/Bebenang GPU CUs Harga
Ryzen 5 2400G 3.6GHz 3,9GHz 4/8 11 $169 (lebih kurang RM676)
Ryzen 3 2200G 3.5GHz 3.7GHz 4/4 8 $99 (lebih kurang RM396)

APU-APU ini tidak dikuncikan (unlockable) dan ia boleh dibuat overclock dan berdasarkan demonstrasi yang dilakukan bersempena CES Tech Day, kelajuan CPU mampu mencapai sehingga 4.2GHz jika dibuat overclock. Manakala GPU Vega yang dibuat overclock pula menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 50 peratus sewaktu bermain game.

Sumber berita diperoleh dari PCWorld

The post AMD sahkan CPU Zen+ Ryzen Baharu hadir April ini, Cipset X470, Threadripper dan APU akan menyusul appeared first on Anak Askar Pencen.

]]>
http://anakaskarpencen.com/blog/2018/01/amd-ryzen-zen-x470-threadripper/feed/ 0 6954