Artikel Terkini

Berladang

Hari minggu ni gua takda plan nak merayap, jadi gua ambik keputusan gotong-royong kat kebun pisang member gua. Kebun yang seluas 5 ekar setengah tu memang amat luas. Memang tak terbuat kalau sorang-sorang. Gua pagi tadi bangun lambat. Pukul 9 baru terjaga. Subuh dah tentu burn. Tak tau kenapa gua ...

Read More »

Apakejadahnya Metroseksual

Pada suatu ketika dahulu, gua mempunyai sorang kawan yang amat lembab nak bersiap untuk keluar rumah. Terhegeh-hegeh mengalahkan pengantin. Dia punya masa nak bersiap tu, gua rasa tunang gua pun lagi cepat siapnya. Mujur kawan gua ni tak pakai gincu dan celak. Kalau dia pakai jugak, memang gua ambik keputusan ...

Read More »

Internet Lembab Sehingga 2 Mei

Gangguan akses internet akan dialami sehingga 2 Mei 2010 disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan kabel telekomunikasi dasar laut. Diharapka korang semua bersabar sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai. Gua tengah siap-siap nak menyelam nak gotong-royong betulkan kabel dasar laut kejap lagi ni.

Read More »

Gua dan Futsal

Majulah sukan untuk negara!-Hasbullah Awang Tiap-tiap hari Jumaat malam, gua akan turun bermain futsal bersama geng-geng juruteknik komputer daerah Kluang. Mereka (depa) yang bermain dengan gua ini adalah kebanyakannya datang dari utara tanah air. Kadang-kadang gua memang terfollow jugak dengan cara depa dok menyembang. Gaya permainan gua tidak lah begitu ...

Read More »

Kenapa Perkahwinan itu Dirumitkan?

Rencana ini ditujukan khas untuk golongan berkapel yang merancang perkahwinan. Bohsia-bohsia dan mat rempit kaki kekah lain cerita. Tahukah anda kenapa kes pembuangan bayi semakin meningkat? Mengikut analisis yang didapati melalui media tempatan, majoriti bayi-bayi yang dibuang ini adalah berbangsa Melayu dan kenapa Melayu? Kaum Melayu adalah beragama Islam dan ...

Read More »

Cis, gua kena tipu sama Malware dan Spyware

Rupanya ada malware yang buat kerja khianat sama browser gua time malam-malam ni. Ada malware yang redirectkan Facebook gua ke www.sedoparking.com. Cilake, nama macam lahanat. Sebagai langkah solusinya, gua sudah disablekan fungsi javascript pada browser gua ini. Caranya, contohnya pada Mozilla Firefox, pergi pada Tools > Options > Tab Content ...

Read More »

Facebook ditamatkan?

‘Services for this domain have been discontinued’ Begitulah ayat yang tertera ketika gua cuba memasuki ke laman sosial kegemaran gua dan orang kampung gua. Gua hairan. Pada saat artikel ini ditulis, gua telah mendapati gua tidak dapat mengakses ke laman sesawang Facebook. Apakah gerangan halnya yang sedang berlaku?

Read More »

Memasak

Duduk bujang ni selalunya gua akan makan di luar untuk mengisi keperluan perut gua yang senantiasa lapar ini. Amat jarang dapur rumah sewa gua ni berasap walaupun gua mempunyai kemahiran memegang sudip gua yang amat memberangsangkan.Resipi kegemaran gua adalah resipi kegemaran para lelaki bujang 1Malaysia. Seringkali apabila dapur gua berasap, ...

Read More »

Tidur Lewat

Sebagai seorang anak bekas tentera, gua sepatutnya menunjukkan disiplin yang baik dan berkelakuan sopan. Salah satunya adalah tidur awal. Entah mengapa mata gua amat sukar untuk dilelapkan pada malam ini. Esok gua nak bangun awal dan solat Subuh. InsyaAllah.

Read More »